Monday, March 16, 2009

27 September, 2007
JAIS haramkan Wahhabi lagi...

Dipetik:- http://www.jais.net.my/
http://www.bankwahabi.wordpress.com- http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=467&Itemid=70
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4681
PROGRAM BICARA ISU SEMASA 2 1428H/ 2007M Sep 12, 2007 at 09:02 AM SELASA, 11 September 2007 - Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Program Bicara Isu Semasa kali ke 2 yang bertempat di Dewan Annex, SUK Shah Alam. Program kali ini diadakan khas untuk guru-guru sekolah JAIS seluruh Negeri Selangor. Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Y. B. Dato' Hj. Abdul Rahman Bin Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor. Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan pagi ini oleh dua orang penceramah khas iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi dari Institut Pengajian Darul Hijrah dan Ustaz Rasyidi Jamil Bin Muhammad Arrashid, Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Kertas kerja pertama bertajuk Ahli Sunnah Wal Jama'ah telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi, Pensyarah di Institut Pengajian Darul Hijrah. Ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wuudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang , keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Ini juga termasuklah golongan yang mengizharkan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syiah, Wahhabiyah, Hizbu Tahrir, Ikhwanjiyyah(Khawarij), Islam Liberal, Sister In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syariat). Ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang bermaksud:"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku(aqidah dan syariatku) ketika rosaknya ummat ku, maka baginya pahala syahid" . Di antara fahaman yang dikupas adalah Fahaman Wahhabiyyah iaitu ajaran yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka . Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama' Islam serta mengkafirkan umat Islam. Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama': " Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini"-(AS- suhubul Wabilah 'Ala Dhoroihil Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad : ms 275). Menurut Mufti Mazhab Syafi'e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama' Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi 'Alaf Wahhabiyah halaman 42: " Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik." Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi turut membid'ahkan dan menghukum aqidah ulama' Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama' untuk membongkar dan memperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini bertunjangkan kepada pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Khariji(al-Jauzi) pada kurun ke tujuh hijrah. Aliran ini membawa konsep Bid'ah yang bercanggah dengan Jumhur Ulama'. Aliran ini membawa percanggahan dalam permasalahan aqidah iaitu:1. Membawa Qaedah tauhid “Tiga T” yang tidak pernah wujud di dalam sejarah Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah.2. Membawa fahaman “Tajsim dan Tasybih”.3. Menolak Sifat Dua Puluh.4. Menghukum Syirik amalan tawassul, tabarruq, ziarah qubur dan isthtighathah.5. Mengkafirkan ramai Ulama’-Ulama’ yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ari, perumus aliran Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah.6. Mengelirukan faham Takwil , Ta‘til dan Tafwid.7. Mendakwa dari golongan salaf.8. Menta‘zimkan Nabi s.a.w membawa kepada syirik.Terdapat juga percanggahan dalam furu' iaitu:1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah.2. Mengganggap amalan tahlil, yasin bagi kenduri arwah sebagai bid‘ah yang haram.3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.4. Tidak ada qada’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.7. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah sesat.8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram.9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.10. Menolak sambutan mawlid nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlud nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah s.a.w dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.12. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid‘ah. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang mu‘tabar.Kertas Kerja kedua pula bertajuk 'Ancaman Kristianisasi: Apakah tanggungjawab anda?' yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Bin Muhammad Arrashid dari JAKIM. Beliau memberi pendedahan serta penjelasan tentang yahudi dan kristian yang tidak pernah redha kepada muslim sampai bila-bila. Menurut Ilmu Geneologi(Salasilah/Keturunan) Nabi Ibrahim a.s adalah bapa kepada 3 agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Kehadiran Nabi Muhammad S.A.W telah disebut dalam kitab Taurat lagi. Beliau memjelaskan bagaimana nama Muhammad telah dihilangkan daripada kitab asal kepada beberapa versi tafsiran Taurat bahasa lain. Kaum Yahudi dan Kristian tidak menerima Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda lahir dari Bani Ismail. Beliau turut menjelaskan kenapa Ismail tidak diterima dan hanya Ishak dianggap sebagai anak tunggal Ibrahim. Mereka mempercayai bahawa Ismail bukanlah anak Nabi Ibrahim yang sah. Disebut dalam kitab mereka bahawa Siti Hajar adalah wanita simpanan Nabi Ibrahim dan Ismail adalah anak zina. Adakah logik dan wajar kita percaya bahawa seorang nabi berzina? Di dalam ajaran Islam, kita mempercayai bahawa para nabi merupakan manusia terpilih yang memiliki keistimewaan dan darjat yang tinggi. Islam juga percaya bahawa Ibrahim mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. Terdapat banyak percanggahan tafsiran dalam versi-versi berlainan kitab mereka. Kini terdapat tafsiran baru di dalam versi Bahasa Melayu yang dinamakan 'Al-Kitab : Berita Baik'. Umat Islam di Malaysia haruslah berwaspada kerana mereka tidak akan berhenti berusaha untuk memurtadkan umat Islam. Kini dakyah mereka semakin berleluasa di Malaysia, dan telah wujud paderi Melayu pertama wujud di Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menguasai dan mendalami Islam, menguatkan aqidah dan meningkatkan keimanan kepada Allah. Umat Islam harus lebih bersedia, berwaspada dan berusaha mengatasi ancaman tersebut demi Agama Islam.*


********************************************************************************************

BLOK Ilmiah Wahhabi sila lawati... sesungguhnya SEMUA orang Islam
bersaudara.......... Renungkan dan dapatkan bimbingan ustaz-ustaz
bagi memahami fakta-fakta dan hujah-hujah didalam BLOG ini.......TaibHashim

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/



*******************************************************************************************
AWAS !
WAHHABI MENGKAFIRKAN
UMAT ISLAM
Petikan dari :Surau Pangsapuri Delima
Jalan Arca U8/80, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tuesday, July 3, 2007
Mantap Akidah Hindari Ajaran Songsang (1)
Alhamdulillah, Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.Tidak syak lagi dalam dunia ilmu Islam, akidah merupakan satu-satunya asas kepada segala jenis ilmu Islam. Apabila wujudnya satu fahaman baru dalam sejarah Islam kesemua para ilmuan Islam yang mendalami segala jenis ilmu akan merujuk kepada asas akidah fahaman baru tersebut bagi mengetahui sejauh mana kebenaran mahupun kebatilan fahaman itu.Akidah SebenarRingkasan akidah Islam sebenar yang perlu diperingatkan kepada semua adalah mempercayai bahawa Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah, wujudnya Allah adalah tidak menyerupai dengan segala makhlukNya sepertimana firman Allah yang bermaksud:“ Tiada sesuatupun menyerupai Allah ”[1].Allah tidak memerlukan kepada Arash mahupun tempat untuk diduduki, kerana duduk dan bertempat merupakan sifat yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadith serta bercanggah dengan hukum akal bahkan satu-satu pemesongan akidah Islam yang dinamakan “tashbihullah bi kholqihi” (menyamakan Allah dengan makhlukNya).Mesti mempercayai bahawa Allah Pencipta segalanya termasuk amalan manusia, ini telah dinyatakan dalam surah As-Shofat ayat 96 yang bermaksud :“Dan Allah lah mencipta kamu dan mencipta amalan kamu”.Diwajibkan percaya bahawa Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah kepada manusia dan jin, harus menziarahi makam baginda, harus bertawassul dengan baginda dan harus jua menyambut maulid baginda yang diisikan didalam sambutan maulid tersebut dengan bacaan Al-Quran, kisah sejarah perjuangan baginda, memuji baginda dengan nasyid dan sebagainya. Diwajibkan juga mencintai Rasulullah dan para sahabat baginda termasuk kesemua para khalifah Islam dikalangan sahabat tanpa mencemuh ataupun menghina mereka.Inilah diantara sebahagian ilmu yang perlu dipercayai bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijmak ulamak . Jika dilihat pada masa sekarang mula berlakunya pemalsuan nama Ahlussunnah Wal Jamaah dan sebahagian besar Akidatul Haq tersebut telah diterbalikkan dan diserang habis-habisan oleh golongan yang digelar sebagai Wahhabi[2]. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya JAKIM, JAIS dan YADIM mengambil keputusan yang tegas bagi membenteras fahaman Wahhabi dinegara kita ini.Jika dilihat kajian ulama’ Ahlussuunnah Wal Jamaah dari seluruh pelusuk negara islam termasuk negara Saudi Arabia mengenai ideologi Wahhabiyah, mereka membahagikan kajian kepada tiga :A- Fahaman Akidah Wahhabi.B- Pendekatan Fiqh Wahhabi.C- Method Dakwah Wahhabi.A- Fahaman Akidah WahhabiPengkaji sejarah ajaran Wahhabi mendapati fahaman ini mirip kepada sistem akidah dibawa oleh seorang bergelar Jahmu bin Sofwan. Dia meletakkan sistem akidahnya yang celaru berdasarkan kaedah yang digelar “tasybih la tasybih” atau “tajsim la tajsim” iaitu menyamakan dan mentajsimkan Allah dengan makhlukNya kemudian dihujung kenyataan tersebut menafikan pula. Ini dikenali oleh ulama tauhid sebagai “tamwih” iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta. Asas akidah Wahhabi adalah memilih seluruh ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama akidah dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai zahir maknanya sahaja. Inilah punca utama asas sistem akidah mereka terpesong dari akidah Islam. Diantara akidah golongan Wahhabi yang jelas bercanggah dengan akidah salaf dan khalaf serta bercanggah dengan akidah islam adalah :1- Wahhabi mempercayai bahawa Allah duduk diatas Kursi.Lihat kitab Wahhabi Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Ini merupakan akidah yang bercanggah dengan islam kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya, ianya juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith serta bercanggah dengan usul keimanan mensucikan Allah dari sifat makhlukNya sepertimana dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud : “ Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu ”.2- Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah.Lihat kitab yang sama m/s 627, 629. Ini merupakan mirip kepada akidah yahudi yang sering menyatakan perkara sama di dalam kitab Injil Muharrafah mereka. Sedangkan akidah Islam perihal kewujudan Allah adalah Dia tidak memerlukan tempat kerana Dia yang mencipta tempat maka wujudNya tidak di tempat dan akidah Wahhabi bercanggah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.3- Wahhabi menyatakan bahawa Allah mempunyai kedua belah kaki dan Allah akan meletakkan kakiNya didalam api neraka.Lihat kitab Syarah Tafsir Ayatul Kursy oleh Soleh Uthaimin m/k 19 cetakan Maktabah Ibnu Jauzy . Ini merupakan persamaan Allah dengan makhlukNya dan ia jelas bercanggah dengan akidah islam kerana Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 74 yang bermaksud : “ Maka janganlah kamu menyamakan Allah ”.Ini semua merupakan akidah tasybih, dibawa serta diakui oleh mereka sendiri sedangkan ianya bercanggah dengan akidah Islam yang menafikan sifat kaki, bertempat dan duduk bagi Allah Ta’ala. Sekiranya hendak saya nyatakan kesemua, maka kita akan dapati lebih dari 20 perkara akidah mereka terpesong dari landasan akidah para Nabi, sahabat, ulama Islam dan seluruh umat Islam sedunia yang lebih ramai bilangannya dari puak Wahhabi.
B- Pendekatan Fiqh Wahhabi
Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada Al-La Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam. Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka. Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah.Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum. Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi. Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi. Ini membawa kepada kekecohan umat islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskan kerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab : “ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. HR Sohih Muslim.Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban. Lihat kitab yang sama m/s 101. Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud : “ Apabila tiba malam nisfu sya'ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya” .Hadith riwayat Ibnu Majah.Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara.C- Method Dakwah Wahhabi
Sering kita mendengar dari golongan ini seruan dakwah salafi. Bagi mereka, selain dari Wahhabi sememangnya tidak mengikut cara dakwah Islam yang berlandaskan ajaran salaf. Seolah-olah hanya mereka sahajalah berada dalam landasan sirot mustaqim. Akan tetapi, pada hakikatnya mereka banyak terpesong dari cara dakwah salaf yang sebenar. Lihat sahaja cara dakwah mereka mengkafirkan golongan Islam yang bergelar Asya’irah. Lihat pengkafiran Wahhabi terhadap golongan Islam Asya’irah dalam kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid karangan Abdur Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab m/s 453. Begitu juga Wahhabi menyatakan bahawa Asya’irah bukan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Lihat kenyataan Soleh bin Fauzan dalam kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 terbitan Riasah ‘Ammah Lil Ifta. Sedangkan umat islam sekarang berpegang dengan Asya’irah dan Asya’irah lah merupakan Ahlus Sunnah Waljamaah sepertimana yang ditegaskan oleh ulama’ terkemuka Al-Hafiz Al-Murtadho Az-Zabidi didalam kitab Itham Sadutul Muttaqin bahawa : “ Apabila dinyatakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah maka mereka adalah Asya’irah dan Al-Maturidy ”.Dengan ini tidak harus menamakan Wahhabi sebagai puak salafi, tetapi perlulah dinamakan mereka sebagai puak Wahhabi walaupun mereka menafikan nama tersebut kerana ulama salaf tidak bermethodkan dakwah mereka seperti Wahhabi.Semoga kita terselamat dari terjerbak dalam kancah kesesatan.*Demikian merupakan nota ringkas bagi memudahkan pemahaman.Penjelasan terperinci mengenai risalah ini hendaklah dirujuk kepada penyusun nota.[1] As-Syura ayat 11[2] Wahhabi adalah istilah yang diberikan kepada pengikut ajaran Muhammad Bin Abdul Wahhabi An-Najdy yang banyak membawa fahaman mengkafirkan dan menghukum bid’ah kepada umat islam. Dinyatakan gerakan ini sebagai salah satu contoh ajaran yang menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan meraka sahaja bahkan ramai lagi seperti Syiah, Hizbut Tahrir dan lain-lain.
Posted by Surau Pangsapuri Delima at 12:21 PM

******************************************************************************************

Mantap Akidah Hindari Ajaran Songsang [2]
Demi Allah! Ini bukan suatu fitnah tetapi suatu pembongkaran ilmiah bertujuan menjaga kesucian islam dan umatnya daripada ajaran songsang mengkafirkan dan menghalalkan darah umat islam untuk dibunuh.
Ketahuilah bahawa ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H sehingga mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka serta membid’ahkan selain dari mereka.Sudah tentu kita bertanya, adakah kenyataan ini benar?Para pengkaji kebenaran sekalian,Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab bukan saya mahupun kita dizaman kini. Pastinya yang lebih mengenalinya adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri. Mari kita menyingkap kenyataan mereka berdua:Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab.Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama islam serta mengkafirkan umat islam. (Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut: “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).Syeikh Abdul Wahhab.Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. (Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275).Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat islamagar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa olehMuhammad bin Abdul Wahhab.
Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi.
1) Mufti Mazhab Hambali : Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H yang hampir waktu hidupnya dengan Muhammad Bin Abdul Wahhab menyatakan dalam kitabnya As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah m/s 276 :“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.2) Ini pula Mufti Mazhab Syafi’e: Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang lebih mengenali Muhammad Bin Abdul Wahhab yang mana Mufti tersebut juga merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42:Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: “Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik”.Sejarah pula membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).
Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.Demikian kenyataan Wahhabi :
1) Disisi Wahhabi, akidah Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Asqolany bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah) mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.2) Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir.
Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.
3) Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab. Dan Mengkafirkan Saidatuna Hawa (Ibu manusia).
Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:
“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik”.Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan Ibu bani adam iaitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya selepas itu: “Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa”Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad Al-Qanuji antara yang hampir dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya Ad-Din Al-Kholis juzuk 1 m/s 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah.Selepas ini, adakah mereka yang membawa ajaran menyandarkan bagi Allah itu sifat yang menyerupai makhlukNya akan digelar sebagai benar?! Adakah mereka yang mengkafirkan umat islam dan menyesatkan ulama islam dinamakan sebagai berfahaman As-Sunnah?! Sedangkan Nabi pembawa sunnah tidak pernah mengatakan Allah itu bersifat duduk, malangnya golongan Wahhabiyah menyifatkan Allah dengan sifat tersebut yang tidak pernah dinyatakan dalam As-Sunnah Rasul yang sohih!.Mengenai dakwaan Dr. Yusuf Qardawi dan ramai ulama Azhar amat menyanjung tinggi akan Ibnu Taimiah dan Muhammad Abdul Wahhab maka saya menyatakan :“Yang lebih mengenali mereka adalah ulama dizamannya dan bukan kita. Telahpun dinyatakan siapa dan kenyatan-kenyataan mereka di atas berdasarkan hadith Nabi yang bermaksud : “Bukanlah khabar berita yang kita dengar itu setajam mereka yang melihat sendiri” . Hr. Ibnu Hibban.Manakala sekiranya ada mana-mana pujian dari sesiapa yang dilabelkan sebagai ulama terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab ianya tidak semestinya menghukum kebatilan yang terbit dari Muhammad bin Abdul Wahhab dan Ibnu Taimiyah itu sebagai benar dan haq!Manakala penjelasan dari ulama Al-Azhar mengenai ajaran Wahhabiyah ini eloklah dirujuk kepada ulama Al-Azhar sendiri yang kini merupakan Mufti negara Mesir iaitu As-Syeikh Dr. Ali Jum’ah yang dirakam oleh anak murid beliau dan disebarkan oleh umat islam china di:http://www.islamchina.net/arabic/Mufti_Misr_talk_about_wahhabi.htm
Dalam kenyatann Mufti Mesir dalam audio tersebut beliau menjelaskan seperti berikut (terjemahan):”Ditanya kepadaku, adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?. Ya! sememang solat di dalam masjid wujudnya kubur adalah harus dalilnya kerana solat di dalam masjid Rasulullah adalah harus (wujud didalamnya 3 kubur)”.Maka fatwa mengenai solat di dalam masjid dalamnya ada kubur adalah harus kerana hukum solat di dalam masjid Rasulullah telahpun menjadi ijmak muslimun bahawa hukumnya adalah harus. Sekiranya dikatakan hukum itu khas bagi nabi sahaja, itu tidak sohih kerana didalam masjid nabawi terdapat kubur selain nabi Muhammad iaitu kubur saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.Maka jawapan dari soalan adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?.Maka jawapannya solat di dalamnya adalah harus, masjid juga dibina diatasnya adalah harus dan kubur tersebut adalah harus dan di zaman Rasulullah pernah dibina masjid didalamnya terdapat kubur Abu Basir.Manakala erti hadith dalam sohih Bukhari yang menyatakan “Allah melaknat Yahudi dan Nasaro yang menjadikan kubur para nabi dan wali sebagai masjid”.Hadith tersebut bererti yahudi sujud kepada kubur dan bukan sujud kepada Allah, mereka menganggap uzair itu adalah anak Allah dan begitu juga kristian mereka sujud kepada kubur dan beranggapan bahawa Isa itu anak Allah, inilah erti hadith tersebut.Sekiranya kita pergi ke Batikan (nama tempat Yahudi) kita akan dapati bahawa mereka berlumba-lumba sujud kepada kubur-kubur tersebut kemudian mereka tinggalkan.Makala hukum membina masjid atas kubur (menjadikan didalamnya ada kubur) maka hukumnya adalah harus.Iman Baidhowi menyatakan demikian adalah antara qurubat iaitu kebaikan mendekatkan diri kepada Allah. Ada beza antara masjid yang diertikan seseorang itu sujud kepada kubur dan dibina di atasnya masjid.Ada kelompok bernama Wahhabiyah, satu ketika Wahhabiyah mahu keluar dari pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, tapi Nabi menyatakan “Tiada sesiapa boleh keluar dari Khalifah” (makna Hadith).Wahhabiyah pun merancang untuk keluar dari khalifah dan meraka dapati caranya adalah dengan mengkafirkan khalifah islam tersebut dan mereka merancang bagaimana nak dihukumkan khalifah tersebut sebagai kafir supaya akhirnya dia dibunuh, perancangan Wahhabiyah mengkafirkan dan menjatuhkan daulah Uthmaniyah berjaya dilakukan dan khalifah terbunuh.Kemudian Wahhabiyah menjatuhkan Daulah Uthmaniyah dan Wahhabiyah saling tolong menolong dengan negara kafir Barat dan France, kemudian berlakulah fitnah kucar kacir sehingga kini disebabkan perbuatan Wahhabiyah tersebut.Kami menyatakan wahai seluruh orang muslimin. Lihat lah apa ulama-ulama islam katakan, lihat kata-kata Imam Baidhowi, lihat kata-kata Imam Ibnu Hajar , lihat kata-kata Imam Syaukani! Ditangan-tangan kita bukti jelas dari kitab-kitab! “.-- tamat terjemahan --(harap sesiapa yg boleh betulkan lagi terjemahan amatlah dialu-alukan).Semoga Allah merahmati umat islam.*Bagi mereka yang menuduh kenyataan membongkar ajaran Wahhabiyah ini adalah fitnah. Sila datangkan bukti kerana saya telah menjelaskan secara berbukti dan fakta yang lengkap.Wallahu ta’ala ‘alam Wa A’la.
Posted by Surau Pangsapuri Delima at 12:23 PM

*******************************************************************************************
PENYELEWENGAN WAHABI & SALAFI …dipetik dari sumber yang boleh diperakui, wallahua'lam – Taib Hashim
Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan pendapat Shaikh Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah .Pada tahun 1694M/1115H adalah pendapat golongan Wahabi/ Salafi manakala pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal pula mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H. Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa apa yang akan dilakukan oleh Muhammad Abdul Wahab akan merosakkan umat Islam nanti akhirnya. Kerosakan yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku secara langsung (direct daripada Abdul Wahab sendiri) tetapi juga secara tidak langsung, iaitu dilakukan oleh orang-orang selepasnya hasil fahaman ciptaannya itu (fahaman Wahabi/ Salafi). Kita mungkin biasa mendengar sebuah hadith Nabi yang bermaksud: " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )" . Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kebenaran. Ramalan tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya. Ini membuatkan Muhammad Abdul Wahab terpaksa menyampaikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan agama masyarakat dan kekuatan politik, adalah antara faktor dakyahnya meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd. ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN Ahli Najd terbahagi kepada dua golongan , badwi dan moden. Golongan moden menjalankan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Mungkin sikap keras, kasar dan taksub golongan badwi inilah yang telah mempengaruhi corak dakwah dan dakyah golongan Wahabi/ Salafi sehinggalah ke hari ini. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri daripada Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pedalaman. Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama hasil pemikirannya yang dhaif itu sendiri, akan tetapi beliau dimarahi dan diusir. Kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan menyebarkan fahaman baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Inilah kejayaan awal Muhammad bin Abdul Wahab- memecah-belahkan lagi puak badwi yang memang telah sedia berpecah-belah itu. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar juga. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk fahaman agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M. ULAMA AL-HARAMAIN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB Sewaktu Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya menyibukkan diri menanam benih-benih perpecahan di kalangan umat Islam dengan membidaah dan mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama' al-Haramain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Golongan Wahabi/ Salafi ini lebih gemar mempersoalkan perkara remeh-temeh yang mengundang perpecahan daripada memikirkan perkara-perkara besar. Ini membuatkan musuh-musuh Islam tersenyum puas hati. Kemudian Ulama' al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan fahaman kaum Wahabi/ Salafi ini. Akhirnya Ulama' al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi/ Salafi ini adalah jahil dan tersesat. Ulama' Haramian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar'e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman penjara kepada mereka yang mulhid ini. Malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar'iyah ( iaitu ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M. Muhammad bin Abdul Wahab pula telah meninggal dunia pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab, yang meneruskan bahkan menyesatkan lagi agenda dan fahaman tersebut. WAHABI/ SALAFI MENGGANAS DI MEKAH DAN TAIF Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif, bersedia untuk terus menumpahkan darah kaum Muslimin lagi. Mereka mengepung Taif pada bulan Zul Qa'edah 1217H, seterusnya menyerbu, menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi/ Salafi ini. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah. Mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif sehinggalah selesai musim haji. Ini jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi umat Islam sedunia telah menolak fahaman Wahabi/ Salafi . Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi/ Salafi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi/ Salafi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah. Mereka takut kekejaman dan kebiadaban yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekah tidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan larangan menziarahi makam nabi-nabi dan solihin yang memang telah menjadi amalan para wali Allah, ulama dan umat Islam sebelum itu. Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi/ Salafi telah diserang oleh tentera Amir Mekah yang menatijahkan mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah. WAHABI/ SALAFI MENGGANAS DI MEKAH DAN MADINAH. Selepas 8 hari, golongan Wahabi/ Salafi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu'ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah. Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian untuk perdamaian. Antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa'edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh 'Bilik Nabi' dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama' melarikan diri. Antaranya ialah Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi . Kemudian mereka menghancurkan semua kubah di perkuburan Baqe' seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya “ lambang bulan sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. Inilah kononnya slogan mereka: “Mari Kita Banteras Syirik dan Bida’ah” dan “Mari kembali Kepada Ajaran Rasulullah.”( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw'walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji) Mereka telah melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi/ Salafi. Pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun. SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI/ SALAFI Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha -pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Islam Wahabi/ Salafi ini pada tahun 1226H, lalu beliau mengerahkan anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal lalu pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi/ Salafi ini adalah disebabkan hasil sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu tentera Wahabi/ Salafi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan al-Amir Faisal SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI/ SALAFIKeazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra' dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa'edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya. Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki. Bersama mereka adalah anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi yang merupakan Amir Wahabi/ Salafi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum bunuh. Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa'edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa'd lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa'd untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi/ Salafi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H. Pada bulan Sya'ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan 'Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi/ Salafi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi/ Salafi, mereka terus memerangi golongan tersebut dan diizinkan Allah menawan dan memusnahkan negeri mereka . Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi/ Salafi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi/ Salafi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar'yah kemudian melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka. BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA Amir Wahabi/ Salafi- Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi/ Salafi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha (abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar'yah yang merupakan ibu negeri Wahabi/ Salafi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa'edah 1233H dan berakhir dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud. AMIR WAHABI/ SALAFI DIHUKUM BUNUH Amir Wahabi/ Salafi yang ditangkap telah di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi/ Salafi memasuki istana, Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ; Muhammad Ali Basha : Apakah (peperangan) ini berterusan? Amir Wahabi/ Salafi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ). Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ? Amir Wahabi/ Salafi: Beliau seorang yang gigih dan kuat, seperti kami juga. Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu di sisi Maulana as-Sultan. Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kotak kecil yang berbungkus . Muhamad Ali Basha : Apa ini ? Amir Wahabi/ Salafi : Ini aku dapat daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya bersama ku. Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kotak tersebut di buka. Di dalamnya ada 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud. Rupanya kaum Wahabi/ Salafi ini kalah juga dengan kemewahan dunia. Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam Rasulullah) Amir Wahabi/ Salafi : Aku dapat daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan daripada orang-orang as-Syarif. Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif. Kemudian Amir Wahabi/ Salafi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muharram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar'yah sehinggalah golongan Wahabi/ Salafi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi/ Salafi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi'ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi/ Salafi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh di sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut ialah golongan Wahabi/ Salafi acuan Badwi ini sentiasa mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacauan di Semenanjung Tanah Arab. Kemudian bercita-cita pula untuk menguasai seluruh Tanah Arab. Kini mereka cuba untuk menguasai pemikiran umat Islam sedunia melalui cara halus pula, iaitu dengan menerapkan ajaran mereka walaupun sedikit terutamanya kepada golongan pelajar. Mereka semakin maju ke hadapan apabila orang-orang yang telah diracun mindanya ini menyertai perjuangan jemaah-jemaah besar seluruh dunia hingga ada yang bertaraf pemimpin. Apa tindakan kita? SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI/ SALAFI Banyak di kalangan Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi/ Salafi ketika itu. Mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang muktabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi. Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke 'Bab as-Thani', mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan Wahabi/ Salafi bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu berhimpunlah sekelian ulama' di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni. berbunyi : Wahai! Ulama',Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..… ( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni at-Tamimi al-Kadzabi ) Kemudian ada pula daripada Ulama', Qadhi, Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama' menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan *error* ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86 ) Kesimpulannya disini, Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya bolehlah ditakrifkan sebagai Bughah, iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang Pemerintah Tertinggi. Dan dari segi hukumnya, mereka ini wajib diperangi setelah diberi nasihat dan amaran. Peristiwa seumpama ini sebenarnya pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakar dengan Musailamah Al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij. ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Syafi’e)
********************************************************************************************
KEGANASAN WAHABI DI JANNATUL BAQI’ ….dipetik dari sumber yang boleh diperakui, wallahua'lam – Taib Hashim
Jenayah penganut ajaran Wahabi pada tahun1925 terhadap khazanah dan warisan Islam
Tiada ahli sejarah mahupun ahli langit dan bumi dapat menerima kenyataan ini; mengaku umat Muhammad tetapi menghancurkan khazanah dan warisan agama yang dibawa Muhammad.

Permakaman Baqi’ sebelum dihancurkan oleh penganut ajaran sesat Wahabi


Sejarah permakaman Jannatul Baqi’ .

Pada hari Rabu, 8 Syawal, 1345 H (21 April, 1925 M), permakaman di Jannatul Baqi’ (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma'la di Mekah iaitu makam bonda Rasulullah, isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.

Asal-usul Jannatul Baqi’.
"Al-Baqi" bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai "Jannatul Baqi' “ atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para sahabatnya.
Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, tahun 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon ditumbangkan dan sahabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut.
Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim meninggal ketika masih bayi. Beliau juga dimakamkan di al-Baqi’ sehingga Baginda menitiskan sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan pemakaman tersebut sebagai tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi’ dengan bersabda "Salam sejahtera ke atasmu wahai penghuni keimanan!. Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi’".
Tanah permakaman Al-Baqi’ lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut. Terdapat juga makam daripada kalangan Ahlul Bait. Diantaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja'far bin Muhammad telah dimakamkan di sana.
Daripada kalangan keluarga baginda pula ialah ibu saudaranya, Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bonda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ketiga, Usman juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi' setelah pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam kawasan Al-Baqi'. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin Anas dan ramai lagi dimakamkan disana. Demikian juga Al-Baqi' menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.


Jannatul Baqi’ dalam pandangan sejarawan.
Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi’ ketika lawatan beliau ke Madinah bahawa "Al-Baqi' terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi’, makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadpan dengannya pula makam Ibrahim, putera Rasulullah (S.A.W) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pula adalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang mashyur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib.
Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat di

atasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah, puteri Rasulullah (S.A.W) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk bersedih diatas kemangkatan ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya. Terkemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bonda Ali bin Abi Talib
Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal, Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi’ yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu Jubair. Beliau menambah "Di pemakaman Al-Baqi’ terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali nama makam mereka."
Rumah Fatimah, Madinah

Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi’ menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19. Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian dibunuh.

Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi’
Puak Wahabi beriktiqad bahawa menziarahi pusara-pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan iktiqad mereka akan dibunuh dan harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini regim Wahabi dikenali sebagai pemerintah negara Teluk telah menghasilkan bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepas jika tidak setuju dengan iktiqad mereka.
Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mereka mencapai banyak kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan darah ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat suci dan kubah di sana termasuk tanda di atas telaga Zamzam.
Dalam tahun 1221 Hijrah, puak Wahabi memasuki Madinah untuk mencemarkan Al-Baqi’, begitu
Tempat kelahiran nabi Muhammad (S.A.W)
juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan diatas sebab-sebab tertentu dan mereka berputus asa. Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab Saudi meletakkan syarat, sesiapa yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak memasuki Mekah.
Al-Baqi’ musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Raja As Saud terus menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah dirampas .
Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyiksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.
Makam Khadijah isteri Rasulullah, Mekah
Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah As Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan kesemua makam-makam suci dari kemusnahan. Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan dihalau keluar. Undang-undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Qaherah kemenangan ini disambut selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara.
Pada tahun 1818 masihi, khalifah empayar Usmaniayah, Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemeliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tinggi. Belanjanya mencecah hampir tujuh ratus ribu Pound telah dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi dari
Makam Abu Talib, bapa saudara Rasulullah, Mekah
kumpulan derma di makam Rasulullah (S.A.W.).

Rompakan kedua oleh puak Wahabi.
Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina oleh Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinding putih, menara emas tinggi melampai dan padang menghijau.
Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pada tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka.
Makam Halimah, Madinah
Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis : "Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok pun yang tiada dua mayat di perdunya."
Tahun 1925 Madinah tersungkur akibat serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal Makam Rasulullah (S.A.W.).
Ibnu Jabhan telah berkata : "Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.
Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma'la di Mekah
Makam Fatimah binti Asad, bonda Saidina Ali, Madinah
dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad S.A.W. Semenjak itu, hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam.
Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan, mempunyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini semata-mata untuk raja Saudi. Ia dipelihara dengan berjuta-juta dolar mahalnya.












Pada tahun1926, bantahan dijalankan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahirnya nabi Muhammad (S.A.W), pemakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi’ (Madinah), jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah Fatihah di makam-makam tersebut.
2. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasulullah dan Sahabat.
3. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
4. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan puak Wahabi.
5. Jenayah membunuh keturunan Sayyid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.


Bantahan dari negara-negara lain.
Keseluruhan bantahan umat Islam tersebut dijalankan oleh umat Islam di Syria, Iraq, Mesir, Yemen, Turki dan negara Islam lainnya. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Yahudi untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah keagungan mereka sendiri.

Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
· Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (S.A.W), makam Aminah bonda Rasulullah (S.A.W), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (S.A.W).
· Permakaman Hawa di Jeddah.
· Permakaman bapa Rasulullah (S.A.W) di Madinah.
· Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (S.A.W).
· Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
· Masjid Raj’at as Sham di Madinah.
· Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
· Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
· Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saidina Hasan dan Husein
· Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.


*********************************************************************************************************

Saturday, March 22, 2008

Tuntutan 80 NGO-NGO Islam Malaysia

80 NGO-NGO Islam Malaysia buat tuntutan kapada PARTI-PARTI POLITIK ........

KENYATAAN MEDIA BERSAMA NGO-NGO ISLAM PADA 20 FEBRUARI 2008 BERSAMAAN 13 SAFAR 1429H DI Bilik Perhentian, Aras 3, PWTC, KL


Sila klik :


*Dokumen Tuntutan

*Kenyataan Media Ngo-Ngo Islam

*Ringkasan Dokumen Tuntutan


Menginsafi bahawa kepimpinan politik sangat berperanan dalam mempengaruhi nasib agama, bangsa dan negara, serta mengambil sempena Pilihanraya Umum ke-12 yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami, pertubuhan-pertubuhan Islam utama di negara ini ingin mengemukakan suatu dokumen yang mewakili tuntutan, aspirasi dan harapan kami kepada semua pihak yang mengambil bahagian PRU tersebut.

Tujuan-tujuan utama pihak kami melancarkan dokumen ini adalah :


1. Menarik perhatian semua pihak terhadap isu-isu dan persoalan yang timbul berkaitan Islam dan Umat Islam di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa terdapat masih banyak persoalan Umat Islam yang belum selesai di negara ini. Sebagai kelompok majoriti dan teras masyarakat di negara ini, sewajarnyalah aspirasi dan harapan Umat Islam yang munasabah diambil berat dan diberi keutamaan oleh semua pihak. Ini tidak pula bererti kita ingin menafikan aspirasi dan harapan kelompok lain yang wajar dan berpatutan.

2. Mengajak semua parti dan calon agar menerima baik,memberi perhatian serius dan berusaha memenuhi tuntutan yang terdapat dalam dokumen tersebut yang sebahagiannya merupakan isu-isu yang telah ditimbulkan sebelum ini.

3. Memposisikan komitmen terhadap isu-isu dan persoalan yg ditimbulkan sebagai diantara faktor yang mempengaruhi pengundi-pengundi individu dalam membuat pilihan. Walau bagaimanapun, sebagai pertubuhan-pertubuhan bukan parti politik, kami menegaskan bahawa dokumen ini bukan menandakan sokongan kami kepada mana-mana parti serta bukan bertujuan memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik yang akan bertanding. Semua parti dan calon yang bertanding berpeluang dan bebas mengambil sikap sewajarnya terhadap dokumen ini.



Pendekatan dan langkah yang diambil oleh kami dalam menggerakkan tuntutan ini adalah termasuk:

1. Menemui pimpinan-pimpinan utama parti-parti politik untuk menyampaikan dokumen tersebut serta membincangkan hasrat yang terkandung didalamnya.

2. Mendapatkan sokongan, dokongan, persefahaman dan perhatian daripada parti-parti politik, calon-calon, organisasi-organisasi dan individu.

3. Menyebarkan kandungan dokumen tersebut kepada umum untuk menimbulkan kesedaran dan kefahaman dikalangan anggota masyarakat.

Kami berharap agar usaha kami akan diterima baik oleh semua pihak sebagai sebahagian amalan demokrasi dan pilihanraya yang sihat dan bermakna.

Dibacakan oleh:

Yusri Mohamad
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Bagi pihak NGO-NGO Islam:

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)*ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGOs (ACCIN)*AKADEMI AIDIT*AL-HUNAFA*AL-ISLAH, BANDAR BARU SUNGAI BULOH*ALUMNI KOLEJ ISLAM KELANG (ALKIS)* ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)* BADAN NADWAH ISLAMIAH PAHANG*BADAN UGAMA & KEBAJIKAN MARA*DARUS SYIFA’*FORUM BERTINDAK ANTI MURTAD *FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN)*FORUM PENYELARASAN UMAT [15 NGO GABUNGAN PULAU PINANG]*GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMENANJUNG (GAMIS)* GAPETA*HALUAN* IKATAN INTELEKTUAL MUDA ISLAM (IIMI)*IKATAN MUSLIM MALAYSIA (ISMA)*IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)*ILMUAN*INTERNATIONAL MUSLIM IMAN NETWORK (IMAN)* MUSLIM WOMEN UNION (IMWU)*ISLAMIC INFORMATION AND SERVICES FOUNDATION (IIS)*

ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)*ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL, PENANG (IPSI)*JAMAAH DAKWAH & ISLAH (JADID)*JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)* JARINGAN SISWAZAH MUSLIM MALAYSIA (JASA)*KELAB AL-QURAN AL-KARIM, BANGI*KELAB HARAPAN, YAYASAN HARAPAN*KELAB REMAJA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)*KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)*KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)*KHALIFAH INSTITUTE*KEPENTINGAN BANGSA (KKB)*MADRASAH HIDAYATUL MUSTAQIM, SELAYANG BARU*MAJLIS TINDAKAN INDIA MUSLIM MALAYSIA*

MARKAZ DAKWAH AL-ISLAMIAH AL-ANSAR, KUALA SELANGOR*MASJID BUKIT INDAH* MASJID JAMEK PAKISTAN*

MUSLIM BROTHERS, SHAH ALAM*MUSLIM CARE* MUSLIM PROFESIONAL FORUM BERHAD (MPF)*NGO ISLAM CASMARIA, BATU CAVES*PEGUAM PEMBELA ISLAM (PPI)*PERKIM*PERSATUAN AL-HIDAYAH*PERSATUAN DARUL FITRAH MALAYSIA*PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA*PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM BANGSAR)*PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM, TNB (PKPI-TNB)* PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM SARAWAK (PERKEPIS) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM W.P (PERTIWI)*

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)*PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNI. MALAYA*PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)* PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA*PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)*PERSATUAN PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PEMBIMBING ISLAM PUALAU PINANG (PEMBIMBING)*PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)*PERSATUAN PENDUDUK PENDUDUK KAMPUNG BATU MUDA TAMBAHAN*PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA)*PERSATUAN SERUAN ISLAM SELANGOR DAN WP (JAMI’YAH)* PERSATUAN ULAMA ISLAM (PUM)*

PERTUBUHAN AL-NIDAA’*PERTUBUHAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA)*PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA)*PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT)*PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA (PSDM)*RESEARCH & INFORMATION CENTER ON ISLAM (RICOI)*SURAU AL-AMIN, BANDAR TUN HUSSIEN ONN SURAU AL-ANSAR, TAMAN SRI RAMPAI, SETAPAK*

SURAU AL-IKHWAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH*SURAU MUHAMMAD AL-FATIH KG BATU MUDA TAMBAHAN, KL*TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)*WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)*YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)* KAJIAN & STRATEGIK MELATU (YKSM)*YAYASAN MUSLIMIN* YAYASAN PEMBANGUNAN UMMAH (YPU).

[ Senarai ini akan ada perubahan dan penambahan dari semasa ke semasa.